Labels

Tuesday, April 28, 2009

Info


Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan pada :
>> Lepasan SPM/Setaraf : Mulai 1 Mei 2009 12.00 tghri
>> Lepasan STPM/Setaraf : minggu ketiga Jun 2009

25 Mac 2009 : Permohonan Aplikasi Dalam Talian Kemasukan ke IPTA Program Lepasan SPM/Setaraf DITUTUP

23 Mac 2009 : Permohonan Aplikasi Dalam Talian Kemasukan ke IPTA Program Lepasan STPM/Setaraf DITUTUP

09 Mac 2009 : Permohonan Aplikasi Dalam Talian Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Diploma Pendidikan Ambilan Julai 2009 DITUTUP

01 Mac 2009 : Permohonan Fasa 1 Aplikasi Dalam Talian Kemasukan ke IPTA Program Lepasan Matrikulasi/Asasi DITUTUP

05 Februari 2009 : Permohonan Aplikasi Dalam Talian Kemasukan ke IPTA Program Lepasan STPM/Setaraf Kategori Diploma/Setaraf DITUTUP

INFORMASI SEMASA

Kenyataan Akhbar : Tawaran Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010

Keputusan Kemasukan Program Pengajian Sarjana Perubatan

Semakan panggilan temu duga
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf boleh dibuat mulai 7 April 2009


Program Biasiswa Pelajar Cemerlang Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM)

Kenyataan Akhbar
: Tarikh Tutup Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan SPM 2008

Permohonan Kemasukan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) kecuali Program Pendidikan hendaklah dibuat di https://pohon.usm.m

MAKLUMAT KEMASUKAN 2009

TAWARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM / SETARAFSESI AKADEMIK 2009/2010

1. Sukacita dimaklumkan bahawa sejumlah 166,261 permohonan telah diterima sehingga tarikh tutup permohonan untuk kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2009/2010.

2. Dimaklumkan Mesyuarat Penyelarasan Bersama dengan Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM) pada 11 September 2008 telah bersetuju akan mengguna pakai dasar tawaran terbuka (double offer) di mana calon lepasan SPM yang layak akan menerima dua (2) tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA.

3. Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM telah diumumkan pada 17 April 2009 dan tarikh pendaftaran ke Kolej Matrikulasi KPM adalah pada 11 Mei 2009. Manakala keputusan permohonan Kemasukan Ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf di bawah Kementerian Pengajian Tinggi akan diumumkan pada 1 Mei 2009. Sehubungan itu, calon Lepasan SPM mempunyai tempoh masa yang secukupnya untuk membuat keputusan yang bijak dalam memilih program yang diminati berdasarkan tawaran yang diterima.

4. Sekiranya seseorang calon mendapat dua (2) tawaran, iaitu dari BMKPM dan juga IPTA, calon boleh menolak salah satu daripada tawaran tersebut dan mendaftar ke program tersebut mengikut jadual yang ditetapkan. Jika hanya menerima satu tawaran sahaja iaitu Program Matrikulasi KPM, adalah dinasihatkan calon mendaftar ke program tersebut mengikut jadual. Seandainya, calon memilih untuk menolak tawaran BMKPM, nama calon akan diproses dan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kemasukan Ke IPTA. Calon diwajibkan membuat pengesahan setuju terima tawaran IPTA dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh keputusan diumumkan melalui laman web IPTA berkaitan.

5. Sehubungan itu, keputusan dasar yang dipersetujui, jika calon telah mendaftar ke Program Matrikulasi KPM, nama calon tidak akan diproses untuk pertimbangan kes rayuan kemasukan ke IPTA oleh BPKP JPT.

6. Hanya calon-calon yang mengemukakan permohonan ke BPKP JPT dan tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA sahaja boleh mengemukakan rayuan melalui e-Rayuan yang boleh dicapai mulai 1 Mei 2009 jam 12.00 tengah hari melalui URL http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh keputusan diumumkan.

7. Maklumat lanjut mengenai status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA boleh dirujuk melalui talian atau saluran berikut 03-8883 5858 / 5848 dan e-mel upu@mohe.gov.my serta melayari laman web rasmi kemasukan ke IPTA http://upu.mohe.gov.my This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Sila klik sini untuk Tawaran kemasukan ke IIUM

TAWARAN PROGRAM PENSIJILAN DARUL QURAN (JAKIM) DAN IIUM
Pihak JAKIM melalui Darul Quran telah lama mengadakan usaha sama dengan IIUM bagi mengadakan program Pensijilan (Tahfiz). Layari http://www.darulquran.gov.my untuk keterangan lanjut.
p/s:
- Tahniah buat adik-adik yang berjaya mendapat tawaran menyambung pengajian sama ada matrikulasi KPM, matrikulasi asasi UIA, Darul Qur'an dan lain-lain.
- Bagi yang tidak berjaya jangan berputus asa kerana rezeki Allah ada di mana-mana. Janji kita yakin dengan ketentuannya. Semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
- Walau di mana kita dicampakkan, berpegang teguhlah dengan tali Allah.Infaqkanlah dirimu kepada agama Allah...nescaya bahagia di syurgaNya. Ameenn...

Friday, April 24, 2009

KRIS KB 2009

Makluman:

Perkara :Program Kem Remaja Islam (KRIS) KB 2009
Tarikh :12-14 Jun 09
Tempat : SMK Pekan 2 KB.

- Alhamdulillah tarikh yang tetap telah diputuskan oleh pihak sekolah iaitu pada tarikh yang asal.
- Kepada sahabat2 yang dekat mahupun yang berada diperantauan diharapkan dapat membantu semasa cuti semester ini.
- Kepada sahabat2 pss kawasan lain yang ingin menjadi fasilitator pada tarikh ini bolehlah maklumkan kepada kami...

"Discover the beauty of ISLAM"

Monday, April 13, 2009

Kem Kepimpinan MPP SMATS

Tahniah buat semua adik-adik yang berjaya terpilih menjadi peserta Kem Kepimpinan Pelajar yang diadakan di SMKA Tun Said pada 10-12 April yang lalu. Kem ini dianjurkan oleh Badan Disiplin SMATS dengan di pengarahkan oleh Cg Hamzah sendiri. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMATS dan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sekitar daerah KB.

Kami dari soff fasilitator merangkap ahli PSSKB mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada kami untuk bertemu adik-adik peserta yang dikasihi. Mohon kemaafan jikalau terdapat kelemahan dan kekurangan semasa mengendalikan slot LDK yang telah dijalankan.

Buat adik-adik peserta, semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan diamalkan agar ianya tidak sia-sia begitu sahaja. Semoga menjadi pemimpin yang baik dan berakhlaq mulia dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan.

Asrama puteri (aspuri) SMATS
SMATS KB: semoga 'unggul bersama Islam'
suasana petang selepas AsarKuliah Subuh Us. AzamiLambaian ukhwah bersama kakak2 facipeserta aspuri SMATS

Qiam ke-4 April

Syabas dan tahniah buat adik-adik penggerak dan peserta qiam ke-4 bulan April yang telah diadakan pada 10hb April yang lalu.

Walaupun program kali ini bertindan dengan program Kem Kepimpinan SMATS, ia tetap berjalan dengan lancar walau tanpa kehadiran pelajar-pelajar dari SMATS sendiri. Tahniah sekali lagi...teruskan perjuangan kalian!

p/s:
- AJK2 diharap bersabar dengan kerenah peserta yang pelbagai. Semoga dakwah kita melebarkan sayapnya ke serata pelusuk daerah.
- Peserta2 dari SEMTASI yang baru pertama kali mengikuti qiam KRU dijemput dan dialu-alukan untuk menghadiri mana2 program KRU yang diadakan.

Mesyuarat pertama KRISKB 09

Salam perjuangan...

12 April 09 (Ahad): Mesyuarat pertama Kem Remaja Islam Kota Belud 2009 telah diadakan dengan kehadiran ajk2 dari PSSKB dan KRUKB selepas selesai program kepimpinan yang bertempat di SMKA Tun Said. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah:
1. perkembangan KRIS
Tarikh : 30 Mei- 1 Jun 09
Tempat : SMK Pekan 2 Kota Belud
2. Belanjawan
3. Ahlijawatankuasa
4. Hal-hal lain

u/p:
- memandangkan tarikh KRISKB diawalkan atas permintaan pihak sekolah, semua sahabat-sahabat penggerak PSSKB diminta melapor tarikh kepulangan anda ke kawasan untuk membantu gerak kerja di kawasan. Bagi yang Latihan Industri (LI) semasa cuti, sila maklumkan tempat LI juga...
- sila laporkan tarikh kepulangan anda dengan s/u PSSKB (0135436034) atau emel pss_kb@yahoo.comKerjasama anda amatlah diharapkan...terima kasih...

"Unggul Bersama Islam"

Monday, April 6, 2009

BUDAYA ZIONIS DAN AMERIKA , AMALAN RAKYAT MALAYSIA

Dipetik dari laman web www.alhadeer.org ( WWW.ALHADEER.ORG ). Setelah membaca risalah ini , mungkin sekarang anda akan faham kenapa Arab susah hendak bersatu menentang Amerika dan Yahudi di Iraq dan Palestin. Begitu jugalah kita di Malaysia , kerana pengaruh Zionis dan Amerika menjadi amalan dan sumber rezeki kita.

"MALAYSIANS FOR PEACE" – BUY MALAYSIAN BRAND NAMES PRODUCTS SUPPORT MALAYSIAN BRAND NAMES PRODUCTS "BUY U.S. AND BRITISH LAST, TRY NOT TO BUY U.S. AND BRITISH BRAND NAMES PRODUCTS" "NEVER BUY ISRAEL BRAND NAMES PRODUCTS"

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, Côte d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan RM 3.04 BILLION untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau RM 304 JUTA sehari. JADI RM 36.48 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut – KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel. Pada tahun 1997 Kerajaan Israel dalam Misi Ekonomi memberi penghargaan kepada Coca Cola kerana sokongan terhadap Israel sejak 30 tahun dan menolok pemboikotan Liga Arab terhadap Israel. Coca Cola sebagai pembalasan oleh kerajaan Israel akan membina kilang baru di tanah yang dirampas dari orang Palestin iaitu di Kiryat Gat. McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia.Pengerusi dan CEO McDonald - Jack M. Greenberg , Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui Komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby's, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat
food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri
Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J.Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone
Produk : Makanan,minuman dan biskut
Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Santé, Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah ditubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang
Zionis. Penyokong kuat Zionis – Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L'Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.


Syarikat : Estée Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone,La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC
Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks,Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen – Dazs
Ben & Jerry's
CAMPBELL
Kellogg's
Canderel
Levis
Raid
Heinz

Program KRUKB bulan April....

Qiamullail ke-4
10 April 2009 (Jumaat)
Masjid Pekan KB

Lawatan ke Hospital KB
11 April 2009 (Sabtu)

Semua ahli KRU dan PSSKB dijemput hadir...