Labels

Wednesday, October 10, 2012

Majlis Tahlil Perdana 2012

               28 Julai 2012(Sabtu), Majlis Tahlil Perdana anjuran bersama PSS dan Pondok Fi Zilalil Quran Kota Belud telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program yang bermula seawal jam 4 petang ini dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh mudir pondok Fi Zilalil Quran kota belud iaitu Ustaz Zaifuddin Hj. Ahmad. Program diteruskan lagi dengan bacaan doa selamat. Seramai hampir 80 orang telah   terlibat terdiri daripada ustaz-ustaz yang mengajar di pondok, wakil daripada Yayasan Amal, ahli-ahli PSS, penduduk kampung dan tetamu luar yang turut hadir dalam majlis ini.

Ketibaan tetamu ke tapak program

               Alhamdulillah. Penyertaan amat menggalakkan di mana PSS Kota Belud telah berjaya mengutip sebanyak RM 1000 dana hasil daripada penyertaan bacaan tahlil. Ini menunjukkan bahawa kesedaran dan sambutan masyarakat terhadap majlis-majlis agama seperti ini amat menggalakkan dan InsyaAllah majlis bacaan tahlil ini akan diadakan lagi di masa yang akan datang. Bagi pihak Persatuan Siswazah Sabah(PSS) Kawasan Penaja Kota Belud, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan penglibatan masyarakat khususnya di Kota Belud dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita akan menjadi amal yang akan dinilai oleh Allah S.W.T.

Suasana sepanjang majlis berlangsung
Diantara muslimat yang hadir

Penyerahan sumbangan daripada Yayasan Amal

Penduduk Kg. Tamau Kota Belud



Beramah mesra dengan penduduk kampung


Pondok Fi Zilalil Quran Kota Belud

0 comments:

Post a Comment