Assalamualaikum
para pembaca yang di kasihi, Selamat Tahun Baru Masihi 2013 yang pastinya bakal mencipta jalan
kehidupan yang baru buat kita semua. Selagi belum sampai ajalnya. Oleh hal yang
demikian, perihal pertama yang perlu kita pastikan di dalam kehidupan kita di
tahun baru ini, kita perlulah hidup dengan Islam secara keseluruhannya.
56.
dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. (adzariyat: 56)
Mari kita
belajar (ulangkaji bagi yang telah mengetahui) berkenaan Islam dan
ciri-cirinya.
Islam menurut
Abu A’la Al-Maududi ialah “tunduk dan patuh kepada perintah Maha
Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”.Dinamai agama kita ini dengan Islam
kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa membantah.
19. Sesungguhnya ugama
(yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (al-imran:19)
Ciri-ciri Islam ada 6, keenam
ciri-ciri inilah yang membezakan Islam dengan agama yang lain.
1. Rabbaniyyah
2. Syumuliyyah
3. Alamiyyah
4. Waqi’eyyah
5. Inqilabiyyah
6. Thabat Wa Murunnah
Jum kita tinjau setiap satu-satu ciri
Islam
1.
Rabbaniyyah
Membawa
erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana
segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila
mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.
Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:
1. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik
dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan.
Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang
bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan
untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.
Kesan Rabbaniyyah
a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
b. Mengenal fitrah
c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri
d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan)
dan runtunan hawa nafsu
2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.
Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini
adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad
sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek
kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada
sebesar-besar perkara.
>Kesan sumber dan manhaj rabbani
a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
b. Terhindar dari pengaruh kekayaan
c. Islam sesuai untuk semua manusia
d. Mendapat penghormatan dan kehebatan
2.
Syumuliyyah
Ia
bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah
mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil
urusan sampailah ke sebesar-besar perkara.
1. Sudut kesyumulan Islam
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada
manusia untuk mengatur hubungan sesame manusia. Islam telah menjelaskan
hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan
dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).
Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan
manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum
yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah,
muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan
hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.
2. Keadilan
Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan
dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan.
Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau
kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga.
3. Kehakiman
Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud
bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana
manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan
perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.
Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan
fardhu. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang
telah ditentukan oleh Allah.
4. Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan
hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam
lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun
hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.
Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam
sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua
negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk
melakukannya.
5. Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan
berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran
tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang
beriman.
6. Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan
mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan
oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan
akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh
membawa kepada mengenali Allah.
3.
Alamiyyah
Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan
tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga
bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa
sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa,
dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai
sampai ke hari qiamat.
Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia
dalam beberapa perkara seperti:
a. Dharuriyyat
Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan
ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama,
jiwa, keturunan, dan harta.
b. Hajiyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk
hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.
c. Tahsiniyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk
hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan
manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.
4. Waqieyyah
Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya:
Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan
suasana di mana seseorang Muslim itu berada.
5. Inqilabiyyah
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam
tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh
ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah.
6. Thabat dan Murunah
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal
atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib
dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang
bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh
melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut
kemampuannya.
Semoga apa yang kita pelajari diatas
memberi manfaat buat pembaca sekalian, sama-sama mempelajari dan memperbaharui
ilmu yang kita ada semoga kita lebih dekat dengan NYA… J jumpa
lagi di entry akan datang.
Wasalam…