Labels

Tuesday, May 30, 2017

JELAJAH RAMADHAN PSS 9.0 2017







Peluang PAHALA Bulan Ramadhan, Menaja Asnaf yang MEMERLUKAN
Persatuan Siswazah Sabah membuka ruang kepada orang ramai untuk menaja keluarga terpilih dalam kalangan asnaf berbentuk kewangan dan akan diagihkan keperluan makanan kepada keluarga terpilih di beberapa daerah.
Jelajah Ramadhan PSS merupakan program tahunan yang khusus diadakan pada bulan Ramadhan sejak tahun 2009 di bawah kelolaan Exco Masyarakat dan Kebajikan, Persatuan Siswazah Sabah.
Pada tahun ini, Jelajah Ramadhan PSS mensasarkan golongan asnaf untuk diberikan sumbangan keperluan dapur yang mengandungi kelengkapan seperti berikut :

1. Beras
2. Minyak masak
3. Gula
4. Susu pekat
Setiap pek tajaan sumbangan bernilai RM30.

Ayuh bersama membantu golongan kurang berkemampuan untuk mereka meneruskan hidup, menjalani bulan puasa dengan kecukupan dan rebut peluang pahala sempena bulan Ramadhan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank PSS :
🔰 560232120295
🔺Sumbangan dibuka sehingga 8 Jun 2017
🔺 Penyerahan sumbangan dijalankan pada 11 Jun 2017
📞 Sebarang transaksi atau pertanyaan, sila hubungi;
👤 Rusneyni -- 014 8741618
👤 Laudin -- 019 5331876
Bantu kami SHARE post ini agar lebih ramai dapat membantu mereka yang memerlukan.

0 comments:

Post a Comment