Labels

Friday, February 6, 2009

Doa senjata orang mu'min


Ya Allah,

kami letakkan kamu di batang leher musuh kami,

dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka,


Ya Allah,

leburkan kumpulan mereka,

cerai beraikanlah pakatan mereka,

goncanglah pendirian mereka,

hantarkanlah anjing-anjing kamu ke atas mereka,


Wahai Tuhan yang penuh raksaksa,

Wahai Tuhan yang gagah perkasa,

Wahai Tuhan yang bersifat murka,


Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,

kalahkan mereka, menangkan kami ke atas mereka

Monday, February 2, 2009

Qiam KRU KB

31hb, Sabtu; Masjid Pekan KB:
Alhamdulillah... qiam kali pertama pada tahun 2009 kali ini telah berjalan dengan baik. Peserta yang hadir seramai lebih 30 orang dari KRU sekolah-sekolah sekitar Kota Belud. Qiam kali ini menampilkan penceramah yang tidak asing bagi kita iaitu Us Saifuddin yang memberikan kuliah selepas isya' yang bertajuk 'Taqwa suatu tuntutan dalam kehidupan mu'min', dan Cikgu Hamzah yang telah menyampaikan kuliah subuh bertajuk 'Islam sebagai cara hidupku'. Bertemu lagi pada qiam akan datang...

Wednesday, January 28, 2009

Qiamullail kali pertama 2009


Assalammualaikum... salam ukhwah fillah...

Apa khabar sahabat-sahabat dan adik-adik sekalian? Semoga sihat sentiasa ya... yang sakit tu rajin-rajin makan ubat semoga cepat sembuh. Jangan pula telan ubat tu semua, nanti extend pula di hospital tu...

Untuk makluman:
Qiamullail bulanan PSS & KRU
31hb Jan 2009 (Sabtu)
Masjid Pekan KB

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang berada di KB atau sekitar KB dijemput dan dialu-alukan untuk mengimarahkan masjid tercinta kita.

Thursday, January 22, 2009

Malam bersamamu Palestin


Tarikh : 24 Januari 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Saadah, Wisma MUIS

Persembahan istimewa Mu'adz, Tayangan Palestin,
Persembahan Pentomin, Gerai / Pameran
dan banyak lagi...


Anjuran :
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
dan CONCERN

Dengan Kerjasama :
JAKIM Sabah dan JHEAINS

Semua dijemput hadir bagi menunjukkan rasa kemanusiaan kita
terhadap penderitaan rakyat Palestin

Sumber : www.islamreturn.blogspot.com