Labels

Saturday, January 9, 2010

Organisasi KRU KB 2010

Alhamdulillah...perlantikan organisasi baru 2010 KRUKB telah dijalankan pada 1hb Jan 2010.

Organisasi KRUKB 2010:

Pengerusi:
Rosahazrin (Sempen)

Timb. Pengerusi:
Umar (Sempen)

Setiausaha:
Rabiatul Nazira Akmar bt Rahim (SMARD)

Bendahari:
Noohranizah (Sempen)

Lajnah Tarbiyah & Dakwah
- Zainuddin
- Yusnizah
- Nornisa

Lajnah Penerbitan & Informasi
- Azman
- Haq
- Saripah
- Zati

Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
- Anuar
- Ijab
- Lilik
- Ct Mustafian

Lajnah Kepimpinan & Organisasi
- Raj
- Nasyrik
- Suziannie
- Azmalina

Salam takziah dan tahniah buat adik2 semua. Semoga gerak kerja KRU tahun ini bertambah baik dan mantap.

Friday, January 1, 2010

'Ammul jadid!

Selamat menyambut tahun baru 1431H & 2010 M. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Sematkan azam di sanubari untuk memperbaiki diri.


Thursday, December 31, 2009

Perkampungan KRUKB 09

Perkampuangan KRU 2009
25-26 Dis 09
Syukur alhamdulillah... perkampungan KRUKB yang telah dirancangkan pada Disember ini telah dijalankan dengan baiknya. Program ini merupakan program qiamullail dan rehlah yang digabungkan dengan nama 'perkampungan' kerana buat julung kalinya KRUKB mengadakan qiamullail di luar pekan KB.Program ini telah dilangsungkan pada tarikh bersejarah 25-26 Dis 09 seterusnya melakar sejarah buat KRUKB pada tahun ini. Program yang bertempat di Kg. Pantai Emas ini dapat mengeratkan lagi ukhwah dengan penduduk kampung dengan kembara dakwah dan forum yang telah dilaksanakan. Program ini merupakan program penutup untuk tahun 2009 ini dan diharapkan semoga program sedemikian dapat dilaksanakan lagi oleh jawatankuasa KRU tahun 2010 akan datang!

Friday, December 25, 2009

Jihad Akademik; 8A PMR!

Tahniah buat adik2 yang berjaya dalam peperiksaan PMR tahun ini. Alhamdulillah adik2 telah berjaya menunaikan jihad akademik adik2.
Warga PSS khususnya PSSKB dan KRUKB mengucapkan sekalung tahniah buat adik Rabiatul Nazira dari SMK Arshad Kota Belud kerana berjaya mendapat 8A dalam PMR tahun ini. Semoga kejayaan adik Bia menjadi contoh kepada adik2 yang lain. Bagi yang kurang bernasib baik jangan bersedih dan berduka, teruskan perjuangan akademik adik2 untuk menempuh peperiksaan akan datang seperti SPM dan STPM.
Kami mendoakan kejayaan buat adik2 semua. Eratkan ukhuwwah, tingkatkan akademik dan mentapkan gerak kerja!