Labels

Saturday, August 14, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan 1431H... Kehadiranmu dinanti, pemergianmu ditangisi.

Selamat menyambut Ramadhan 1431H/2010M

Dari warga PSS/KRU KB.

Jom ramai2 memeriahkan pesta Ramadhan... banyak hadiah dan bonus menanti kita. Peluang terbuka setahu sekali.. Rebutlah peluang ini selagi stok umur masih ada!

Indahnya Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat,bulan rahmat, bulan keampunan serta punya banyak kelebihan. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat bagi mencari keredhaan Allah sepanjang Ramadhan ini, dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Rasulullah SAW yang maksudnya : Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.(- HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-)

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi)


Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (HR Tirmidzi)


Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd R.A daripada Nabi SAW bersabda yang maksudnya: 'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.'

"Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Dari Abu Hurairah RA bahwa Nabi SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:

1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.

2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'

4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.

5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.'

(H.R Ahmad)


Qiam Ogos & Rehlah KRU KB

7-8 Ogos, SABTU-AHAD; Alhamdulillah qiam bulanan bagi bulan Ogos telahpun selamat dijalankan. Qiam kali ini membawa tema "Indahnya Ramadhan". Peserta kali ini adalah yang terpilih untuk dibawa ke rehlah keesokan harinya. Tahniah kepada yang telah hadir!Tambahan lagi, tempat qiam kali ini diubah memandangkan keadaan Masjid Pekan KB yang dalam proses pembaikan. Antara pengisian qiam kali ini adalah forum "Ramadhan datang lagi" yang dihadiri oleh CG. Jumat dan Ust. Suraya sebagai panel forum. Disamping itu, terdapat aktiviti2 lain seperti usrah, riadah dll...
"Ikan bakar...ikan bakar... Nia' orong ding ae ka?" Sedap la...terima kasih kepada team bakar ikan.Rehlah kali ini diadakan di Pantai Pintasan. Pengisian rehlah agak santai...dimulakan dengan solat Dhuha, tazkirah, aktiviti (games) dan makan2.

Muhasabah:
  • Sesungguhnya, semua yang kita adalah pinjaman Allah semata. Bila2 masa Dia akan mengambilnya semula, jadi gunakanlah dengan sebaiknya dan redhalah seandaianya Dia menariknya kembali. (Khas buat yang hilang selipar dll yang dihanyutkan ombak :) Jangan sedih ye..)
  • Allah Maha Pencipta. DiciptakanNya langit tanpa tiang dan bumi yang terhampar luas.

Sunday, July 11, 2010

Qiam bulan Julai KRU KB 2010

3hb Julai; SABTU: Qiam kali ke-5 KRUKB telah diadakan bertempat di Masjid Pekan KB. Penyertaan kali ini masih melebihi target iaitu melebihi 100orang. Tema qiam kali ini ialah 'hayya 'alal falah' (mari menuju kejayaan). Kuliah dasar disampaikan oleh Us. Shamsuddin dari SMK Pekan II KB.

antara peserta yang hadir

Walaupun tarikh qiam ini merupakan tarikh penutupan MTQ Kebangsaan di Wisma Muis namun masih ramai adik2 yang turun mengikuti qiam ini. Syabas buat semua peserta dan ajk.

aktiviti amal membersihkan masjid

Walaupun tenaga ajk yang sedikit, namun qiam kali ini dapat juga dijalankan dengan baik. Apa yang penting KERJASAMA!

hmmm... posing habis!

saff ajk yang bertungkus-lumus