Labels

Wednesday, April 25, 2012

Qiamullail Bulanan Kali ke-3

Assalamualaikum Warahmatullah..

 InsyaAllah pada hujung minggu ini, PSS dan KRU Kota Belud akan menganjurkan Program Qiamullail Kali ke-3 bagi tahun 2012 ini..membawa tema "Hayya 'Alassolah', pelbagai pengisian yang menarik akan dimuatkan sebagai santapan rohani kepada kita semua.


Jum sahabat-sahabat.. luangkan sedikit waktu kita untuk datang ke majlis ilmu. Semoga dengan sedikit usaha kita, akan diredhai oleh Allah S.W.T ^_^


Wednesday, April 18, 2012

"Ombak Rindu" di Qiamullail ke-2 2012 KRUKB

                  Pada 16-17 Mac 2012 yang lalu, sekali lagi KRUKB berpeluang mengadakan program Qiamullail yang kedua bagi tahun ini. Lokasi Qiam pada kali ini sama seperti  qiam-qiam lepas yang bertempat di Masjid Pekan Kota Belud. Seramai 57 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah di sekitar Kota Belud menghadirkan diri sebagai peserta manakala seramai 20 orang AJK yang terdiri daripada ahli-ahli KRU terlibat dalam menjayakan program Qiam pada kali ini.
          
            Tema yang dibawa pada kali ini ialah “Ombak Rindu” memandangkan filem Ombak Rindu yang baru sahaja ditayangkan mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat khususnya golongan remaja. Ahlijawatankuasa mengambil inesiatif untuk menggunakan tajuk ini dengan harapan program pada kali ini mendapat sentuhan baru dan mendapat tarikan dalam kalangan remaja di Kota Belud khususnya. Penekanan diberi kepada keutamaan rindu kita sebagai umat kepada Rasulullah S.A.W  dan bagaimana cara kita menyalurkan perasaan cinta dan rindu pada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
          
          Kuliah Maghrib bertajuk “Cinta Rasulullah” yang disampaikan oleh Sdr. Hazwan Hassan telah menyentuh bagaimana pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan Islam dan hingga ke saat-saat akhir kehidupan Rasulullah, baginda masih ingat dan risau tentang keadaan umatnya pada hari ini. Pengisian dalam kuliah maghrib diharap dapat memberi kesedaran lagi kepada para peserta bahawa cinta kita kepada Rasulullah adalah yang utama selepas cinta kepada Allah S.W.T yang menciptakan kita.
           
         Program diteruskan lagi dengan forum yang bertajuk “Ada apa dengan CINTA?” yang menampilkan tiga orang panel berpengalaman iaitu Saudari Siti Nadzirah Butai, Sdr. Ahmad Fauzi Bin Saifuddin dan Sdr. Sahibul Bin Manung. Forum yang dikemudikan oleh Sdr. Sarif Bin Sattar telah membawa para peserta yang hadir untuk lebih mengetahui tentang pendefinisian cinta yang sebenar, bagaimana untuk mengurus fitrah cinta kita sebagai manusia dan besarnya cabaran sebagai seorang remaja apabila berhadapan dengan bab cinta. Pembawaan ahli-ahli panel yang begitu santai berjaya menyentuh hati para peserta, pelbagai bentuk soalan diajukan kepada ahli panel menunjukkan bahawa remaja pada hari ini berhadapan dengan konflik berkenaan cinta dalam kehidupan mereka. Alhamdulillah, para penel berjaya merungkai satu persatu persoalan tersebut dan diharap apa yang disampaikan dapat membibitkan rasa kesedaran dalam hati-hati kecil para remaja yang hadir tentang “Ada apa dengan CINTA?”.
            

Muslimat menunjukkan kehebatan dalam seni mempertahankan diri

Barisan muslimin yang sanggup berjuang untuk Islam

Sdr. Azizi begitu tekun menyantuni adik2 usrah

Usrah Muslimat

            Secara keseluruhannya, semua objektif program dapat disampaikan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan diharap para peserta dapat menggarap banyak ilmu daripada program 2 hari 1 malam ini.  Sekalung penghargaan buat para penceramah jemputan, panel-panel, ahlijawatankuasa Program Qiamulail kali ke-2 KRUKB, Ahli-ahli PSS dan KRU Kota Belud, seterusnya semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah dan mampu melahirkan hati-hati yang sentiasa dekat cintanya dengan Islam. InsyaAllah.


Sunday, April 8, 2012

Aku Dan Kekasihku



Kali ni aku nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!
Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni...tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? 

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke...spiritual ke...emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~ so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam ...area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya ...millionaire ...billionaire...dan ntah apa-apa naire lagi... Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support...caya tak?

Free of charge...Tapi aku tak sedap hati la...mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la...pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja...cheewah! 

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm...aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

KEKASIH....AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI...
WALAU NYAWA DIGALANG GANTI, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI ,
TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA...
ITULAH KEKASIHKU...ALLAH S.W.T. ... CINTA TERAGUNGKU!

Thursday, April 5, 2012

Kewajipan Muslim Terhadap Masa


Islam amat menitik beratkan masa dalam kehidupan hambanya. Seperti firman Allah dalam surah al-Ashr. Surah ini menerangkan bahawa sesiapa sahaja yang tidak dapat menggunakan masanya dengan sebaik mungkin termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Tugas utama yang dipikul oleh setiap orang Islam ialah menjaga masa. Masa perlu diberi perhatian lebih dari harta benda.


Setiap detik-detik masa , setiap muslim wajib mengawasinya supaya dapat dimanfa’atkan untuk agama dan dunianya, untuk kebaikan dan kebahagian ummah, di sudut pembangunan rohani dan kebendaan. Ahli Al Salaf sangat menjaga masa hinggakan Hassan Al-Basri di dalam ta’liknya, dia berkata “saya lihat suatu kaum yang sangat-sangat menjaga masa hingga melebihi dari kamu menjaga ringgit kamu itu!”.Umar bin Abdul Aziz  berkata “sesungguhnya pertukaran malam dan siang adalah untuk kamu. Oleh itu bekerjalah untuk malam dan siang”. Orang yang mensia-siakan masa sangat-sangat dibenci Allah SWT. Oleh itu pepatah arab ada berkata “waktu itu seperti pedang. Jika kamu tidak memotongnya, dia pula memotong kamu”.
Kita sering membiarkan masa terbuang dengan begitu sahaja tanpa digunakan untuk mempelajari ilmu yang berguna, atau beramal soleh, atau memperbaiki atau membantu orang lain. Malah hampir setiap waktu kita akan mengunakan masa dengan hal-hal yang melalaikan. Sebagai contoh menonton cerita, bermain facebook, main game dan lain-lain lagi.


Marilah kita sama-sama muhasabah diri kerana sesungguhnya umur kita tidaklah panjang, dimanakah kita menggunakan masa kita selama ini. Abdullah bin Mas’ud telah berkata “belum pernah saya menyesal. Melainkan penyesalan saya di setiap hari apabila terbenam matahari, semakin singkat umur saya ini, sedangkan ‘amalan saya takut-takut tidak bertambah!!!”.Begitulah  orang-orang  solih sering mengunakan masa dengan sebaiknya untuk dunia dan akhirat. Marilah kita menjadi golongan yang beruntung ini.

Seorang penyair Islam ada bersyair,

Bila berlalu sehari dalam hidupku;
Hidayatku masih belum bertambah mutu;
Keranku tidak dapat menambah ilmu;
Hari itu tidak ertinya dalam hidupku.

Sekian Wasalam.

Dipetik dari kitab DETIK-DETIK MASA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM(DR> YUSUF  AL-QARDAWI)