Labels

Monday, May 30, 2011

KRISKB 2011; tabah menempuh ujian


Penggerak KRIS 2011
27-27 Mei 2011; Kem Remaja Islam kali ke-4 telah dijalankan dengan baik bertempat di Rumah Kebajikan Darul Bakti. Kehadiran peserta melebihi 110 orang ini meliputi pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah sekitar Kota Belud dan Kota Marudu.Pada asalnya, KRIS tahun ini hendak diadakan di SMK Usukan tetapi seminggu sebelum program, pihak sekolah telah memaklumkan bahawa tapak sekolah digunakan untuk program sekolah.

Antara peserta muslimat KRIS

Gelagat peserta muslimin bersama Kem Kom
Maka dengan itu, AJK KRIS berusaha untuk mencari tapak program yang baru dan akhirnya membuat keputusan untuk berprogram di Darul Bakti setelah dicadangkan oleh seorang sahabat. Tapak program yang menghadapi masalah air dan tidak cukup penginapan memberi sedikit masalah kepada program untuk berjalan dengan lancar. Walaupun banyak ujian yang datang, Alhamdulillah semua ujian dapat dihadapi dengan tabah.

Khemah; penginapan AJK/ fasi KRIS
PSSKB mengucapkan syabas dan tahniah buat semua AJK KRIS 2011 kerana berjaya mengadakan program pada tahun ini dengan baik. Tahniah juga kepada semua ahli KRUKB kerana buat pertama kalinya program KRIS dijalankan seratus peratus oleh KRUKB dan berjaya menghimpunkan peserta dari semua sekolah seluruh KB termasuk SMK Narinang dan SMK
Tambulion yang julung-julung kalinya mengikuti program KRIS ini.

Slot LDK
Tahniah juga buat semua peserta kerana ketabahan anda mengikuti program KRIS hingga keakhirnya walaupun menghadapi banyak ujian. Semoga ilmu yang dikutip dapat diamalkan dan dimanfaatkan.
Peserta khusyu' mendengar penerangan exporace

Explorace
Terima kasih diucapkan kepada pihak Darul Bakti kerana membenarkan KRIS KB berprogram di tapak ini. Tidak lupa juga buat sahabat-sahabat dari KM, Tuaran dan UTM yang banyak membantu program ini. Hanya Allah yang layak membalas jasa kalian. Mohon kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang perjalanan program ini.

Semoga program KRIS KB pada tahun ini mencapai matamatnya.
"Membina Generasi Rabbani".

Saturday, May 21, 2011

KRISKB datang lagi!


Kem Remaja Islam (KRIS) Kota Belud akan diadakan pada:
Tarikh: 27-29 Mei 2011
Tempat: Darul Bakti KB

Semoga program KRIS yang bakal tiba ini berjalan dengan lancar dan mendapat redha Allah SWT. "Sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah."

Sunday, April 24, 2011

Kem Kepimpinan SMATS

17-19 April 2011; Persatuan Siswazah Sabah Caw. Kota Belud telah dijemput menjadi fasilitator dan memberi pengisian sempena Kem Kepimpinan SMKA Tun Said pada tahun ini. Kem ini disertai oleh 74 orang ahli MPP sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, PRS dan pengawas pusat sumber.

Kump. Amir Hamzah bersama fasinya Pengerusi PSSKB
Antara pengisian yang menarik semasa kem ini adalah kuliah berkaitan pengurusan dan protokol, LDK membina istana pasir, eksplorasi dan banyak lagi pengisian yang menarik.

Majlis penutupan program

Suasana ketika menjamu selera
Walaupun pengisian yang agak tegas dan keras namun ia bertujuan untuk mendisiplinkan peserta yang bakal memimpin para pelajar di sekolah.

Riadhah; Follow the Leader
Diharap segala terkasar bahasa terguris kata sepanjang kami PSSKB mengendalikan pengisian program ini hendaklah dimaafkan dan dijadikan iktibar buat kita semua.

LDK; membina istana pasir
Kepada warga pendidik SMATS, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kami peluang untuk berprogram bersama-sama warga SMATS. Segala kelemahan mohon berbanyak-banyak kemaafan. Semoga program ini dapat melahirkan pelajar yang berkepimpinan serta berakhlak mulia.

LDK; main bola tanpa peraturan

Sunday, April 17, 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang KRUKB

1 April, Jumaat: Persatuan Siswazah Sabah telah mengadakan majlis kesyukuran atau Majlis Anugerah Pelajar KRUKB. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru, ahli PSSKB dan KRUKB bagi meraihkan dan memanjatkan rasa kesyukuran atas kejayaan dan kecemerlangan adik-adik KRUKB dalam peperiksaan SPM dan STPM 2010 yang lalu.
Antara pengisian majlis ini ialah bacaan Yasiin dan bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Sdr. Adzmin dan ucapan alu-aluan serta pengisian ringkas oleh En. Jumat selaku Penasihat PSSKB.
Seterusnya, majlis penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM 2010. Disini dapat dibuktikan bahawa seseorang yang aktif dalam gerak kerja Islam juga boleh cemerlang dalam akademik dengan syarat hendaklah rajin berusaha dan bijak mengurus masa.
Anugerah Pelajar Cemerlang KRU 2010; Sdr Nornisa (4A SPM)
Dikesempatan ini, warga PSSKB dan KRUKB ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat adik-adik yang cemerlang dalam peperiksaan. Bagi yang kurang berjaya jangan bersedih, peluang masih ada dan terbuka luas.
Anugerah Pelajar Cemerlang KRU 2010; Sdr Halimatus Saadiah (CGPA 3.67 STPM)
Anugerah Pelajar Cemerlang KRU 2010; Sdr Sariah (CGPA 3.33 STPM)
Buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang teruskan usaha. Buktikan bahawa adik-adik juga boleh berjaya dengan cemerlang!